Laman Utama
   
Lagu Puspanita      
Perutusan Penasihat
Perutusan Pengerusi
Berita Terkini
Takwim PUSPANITA
 
 
Latar Belakang
::Visi, Misi, Moto
::Ringkasan Eksekutif
::Dasar
::Strategi
Logo & Perlembagaan
::Definisi Logo
::Tujuan Puspanita
::Perlembagaan
Organisasi
::Penaung & Penasihat
::Ahli Jawatankuasa
PUSPANITA
Kementerian
::Ahli Jawatankuasa
PUSPANITA Jabatan
::Ahli Jawatankuasa
Rumah PUSPANITA
::Senarai Ahli
::Borang Ahli
Aktiviti PCKP
Aktiviti Biro
::Biro Sosial
::Biro ICT & Pendidikan
::Biro Kebajikan & Agama
::Biro Seranta
::Biro Sukan
::Biro Keahlian
::Biro Keusahawanan
Galeri PCKP
Buletin PCKP
Khas Untuk Wanita
::Madah Islam
::Mutiara Kata
::Resepi
(Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia)
::PERKARA 01 - NAMA::
::PERKARA 02 - ALAMAT BERDAFTAR::
::PERKARA 03 - TAFSIRAN::
::PERKARA 04 - PENGERTIAN LOGO::

::PERKARA 05 - PENAUNG::
::PERKARA 06 - PENASIHAT::
::PERKARA 07 - TUJUAN PERSATUAN ADALAH UNTUK::

::PERKARA 08 - KEAHLIAN::
::PERKARA 09 - YURAN::
::PERKARA 10 - KEAHLIAN::
::PERKARA 11 - KEANGGOTAAN, TUGAS & TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI::

::PERKARA 12 - KEANGGOTAAN, TUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI (JKT)::
::PERKARA 13 - PERATURAN KEWANGAN DAN AKAUN::
::PERKARA 14 - MESYUARAT AGUNG::
::PERKARA 15 - PENUBUHAN CAWANGAN::
::PERKARA 16 - PEMBUBARAN CAWANGAN::
::PERKARA 17 - PENAUNG-PENAUNG CAWANGAN::
::PERKARA 18 - PENASIHAT-PENASIHAT CAWANGAN::
::PERKARA 19 - JAWATANKUASA-JAWATANKUASA CAWANGAN::
::PERKARA 20 - MESYUARAT AGUNG CAWANGAN::
::PERKARA 21 - KEWANGAN DAN AKAUN CAWANGAN::
::PERKARA 22 - PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN::
::PERKARA 23 - PEMERIKSA KIRA-KIRA::
::PERKARA 24 - PEMEGANG AMANAH::
::PERKARA 25 - UNDI::
::PERKARA 26 - UNDANG-UNDANG KECIL::

::PERKARA 27 - TINDAKAN TERTIB::
::PERKARA 28 - GABUNGAN::
::PERKARA 29 - PINDAAN PERLEMBAGAAN::
::PERKARA 30 - PEMBUBARAN::


PERKARA 01 - NAMA Atas
1.1
Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA atau nama ringkasnya PUSPANITA dan selepas ini disebut sebagai Persatuan dalam undang-undang ini
PERKARA 02 - ALAMAT BERDAFTAR Atas
2.1

2.2
Alamat berdaftar Persatuan ini ialah No. 571, Jalan Hose, 50460 Kuala Lumpur

Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan
PERKARA 03 - TAFSIRAN Atas
3.1

3.2


3.3
"Suri" bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

"Anggota Wanita" bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

"Perkhidmatan Awam" bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun
PERKARA 04 - PENGERTIAN LOGO Atas
4.1







4.2

Logo
Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga. Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan. Bunga padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam. Bunga raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara. P dan Fa lambang kewanitaan. Warna emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan. Warna ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.

Bendera
Bendera persatuan berlatarbelakangkan warna kuning. Di bahagian atas terdapat enam jalur berwarna ungu berselang dengan warna putih dan enam jalur berwarna ungu berselang dengan warna putih di bahagian bawah. Di tengah-tengah bendera terdapat logo persatuan
PERKARA 05 - PENAUNG Atas
5.1
Isteri Y.A.B. Perdana Menteri adalah Penaung kepada Persatuan ini.
PERKARA 06 - PENASIHAT Atas
6.1 Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat persatuan ini.
PERKARA 07 - TUJUAN PERSATUAN ADALAH UNTUK Atas
7.1


7.2


7.3

7.4

7.5



7.6
Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri serta anggot-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;

Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus;

Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;

Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.

Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.

Memiliki tanah, bengunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli. menyewa dan sebagainya.
PERKARA 08 - KEAHLIAN Atas
8.1

(a)








(b)






(c)





(d)




(e)






(f)






8.2



8.3



8.4
(a)


(b)

(c)
Jenis-jenis ahli adalah seperti berikut:-

Ahli Biasa
Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia kecuali di Sabah yang terdiri daripada:
(1) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpilan perkhidmatan di Malaysia;
(2) Anggota wanita di semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia;
(3) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia;
(4) Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
(5) Anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara;

Ahli Bersekutu
(1) Ahli bersekutu terbuka kepada isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi Warganegara Malaysia;
(2) Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan;
(3) Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan.

Ahli Gabungan

(1) Ahli gabungan terbuka kepada persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa;
(2) Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;

Ahli Kehormat
Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Tertinggi boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.

Ahli Seumur Hidup
(1) Ahli seumur hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan;
(2) Ahli seumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan.

Ahli Tak Hadir
(1) Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri bagi suatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;
(2) Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari Cawangan dan perlu mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Cawangan. Bendahari hendaklah mencatatkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan-cawangan tertentu untuk pertimbangan.

Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan Berkenaan belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut cara itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Kerja Tertingggi.

Larangan Menjadi Ahli
Seseorang pemohon yang layak menjadi ahli mengikut syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi masih menjadi seorang pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan;
Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan daripada berkhidmat dengan Kerajaan;
Keahlian isteri anggota Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia atau yang bercerai akan luput setelah ia berkahwin semula.
PERKARA 09 - YURAN Atas
9.1

(a)
















(b)



(c)


(d)


(e)


9.2


9.3



9.4
Yuran yang dikenakan adalah sepeti berikut:-

Ahli Biasa
(1) Isteri Pegawai dan Pegawai wanita di dalam Kumpulan A ke atas:
Yuran masuk - RM 20.00
Yuran tahunan - RM 16.00
(2) Isteri pegawai dan pegawai wanita dalam Kumpulan B:
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 10.00
(3) Isteri kakitangan dan kakitangan wanita dalam Kumpulan C:
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 10.00
(4) Isteri kakitangan dan kakitangan wanita dalam Kumpulan D:
Yuran masuk - RM 2.00
Yuran tahunan - RM 4.00
(5) Yuran Pesara
Bayaran adalah setengah (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori waktu bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam kategori

Ahli Bersekutu
Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada apa yang dikenakan ke atas ahli biasa mengikut kumpulan.

Ahli Gabungan
Bagi ahli gabungan yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.

Ahli Kehormat
Tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Ahli Seumur Hidup
Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM100/-.

Semua yuran tahunan hendaklah dibayar pada awal tahun. Yuran boleh dibayar melalui Bendahari Cawangan berkenaan.

Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada 3 tahun berturut-turut akan dihantar surat peringatan daripada atau bagi pihak Setiausaha. Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistemewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya dibayar.

Ahli yang berhutang yuran tahunan melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.
PERKARA 10 - KEAHLIAN Atas
10.1









10.2

10.3



10.4

10.5
Persatuan ini hendaklah ditubuhkan berdasarkan rajah organisasi seperti di Lampiran X Perlembagaan ini. Jentera pentadbiran bagi Persatuan ini ialah Majlis Tertinggi (MT) dengan dibantu oleh Jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:-
(a) Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT)
(b) Jawatankuasa Cawangan Kementerian (JCK)
(c) Jawatankuasa Cawangan Negeri (JCN)
(d) Jawatankuasa Cawangan Daerah (JCD)
(e) Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil (JCDK)
(f) Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang lain jika perlu.

Segala urusan di semua peringkat tertakluk kepada Perlembagaan Persatuan.

Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan semua Jawatankuasa Cawangan Kementerian dan Negeri adalah bertanggungjawab kepada Majlis Tertinggi. Jawatankuasa Cawangan Daerah dan Daerah Kecil bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Cawangan Negeri berkenaan.

Hanya Majlis Tertinggi berhak membuat penentuan mengenai perkara-perkara dasar Persatuan.

Semua pemegang jawatan dan tiap-tiap orang yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh memegang jawatan dengan syarat mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
PERKARA 11 - KEANGGOTAAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI Atas

11.1










11.2
(a)
(b)

(c)


(d)
(e)
(f)

(g)


(h)




11.3

(a)

(b)
(c)







(a)

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)





(a)
(b)

(c)
(d)








11.4
(a)

(b)

(c)

(d)



(e)

(f)

(g)
(h)

(i)

(j)

Keanggotaan Majlis Tertinggi
Majlis Tertinggi adalah terdiri daripada:
(a) Yang Dipertua
(b) Dua orang Timbalan Yang Dipertua
(c) Tiga orang Naib Yang Dipertua
(d) Setiausaha Agung
(e) Penolong Setiausaha Agung
(f ) Bendahari Agung
(g) Penolong Bendahari Agung
(h) 45 Orang Ahli Majlis Tertinggi Biasa

Pemilihan Anggota Majlis Tertinggi
Isteri Ketua Setiausaha Negara menjadi Yang Dipertua Persatuan.
Isteri Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan isteri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Timbalan-timbalan Yang Dipertua Persatuan.
Pemegang-pemegang jawatan Naib Yang Dipertua adalah dipilih dan dilantik 2 tahun sekali oleh Yang Dipertua Persartuan dengan persetujuan Majlis Tertinggi dan seorang daripadanya mewakili pegawai dan kakitangan wanita dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
Isteri Ketua-ketua Setiausaha dan Setiausaha-setiausaha kerajaan Negeri menjadi ahli-ahli biasa Majlis Tertinggi.
Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi 2 tahun sekali.
Jawatan-jawatan bagi Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung dan lapan orang ahli biasa Majlis Tertinggi hendaklah diisi melalui pemilihan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan 2 tahun sekali.
Keahlian seseorang ahli Majlis Tertinggi terdiri daripada (a), (b), (c) dan (d) di atas akan luput apabila ia atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal dunia, akan digantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
Jika berlaku kekosongan di dalam (f) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Majlis Tertinggi berhak memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

Tugas-tugas Anggota Majlis Tertinggi
Yang Dipertua
Yang Dipertua akan menjadi pengerusi semua mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi serta bertanggungjawab di atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut.
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan.
Yang Dipertua bersama-sama dengan Bendahari Agung atau Setiausaha Agung diberi kuasa menandatangani cek-cek Persatuan.
Timbalan Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua akan menjalankan tugas Yang Dipertua pada masa ketiadaannya.
Naib Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua akan menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua bagi aktiviti-aktiviti tertentu dari semasa ke samasa.
Setiausaha Agung
Mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas dan minit mesyuarat.
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli dan pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemas kini.
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan.
Mengeluarkan notis-notis, memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
Mengirim penyata-penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Setiausaha Agung bersama-sama Yang Dipertua akan menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan, semasa ketiadaan Bendahari Agung.
Penolong Setiausaha Agung
Penolong Setiausaha Agung akan membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
Bendahari Agung
Bertanggungjawab terhadap semua perkara kewangan Persatuan.
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod kewangan Persatuan.
Bendahari Agung bersama-sama Yang Dipertua diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan.
Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa KIra-kira.
Penolong Bendahari Agung
Penolong Bendahari Agung akan membantu Bendahari Agung menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa
Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat persatuan serta merancang strategi-strategi perlaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan.

Tanggungjawab Majlis Tertinggi
Majlis ini bertanggungjawab menggubal dasar persatuan serta merancang strategi-strategi perlaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan.
Majlis ini bertanggungjawab menyusun aktiviti-aktiviti Persatuan dan mengawasi serta menentukan bahawa tidak ada perkara-perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan
Jika ada perkara-perkara tertentu berkenaan dengan dasar dan pindaan Perlembagaan, Majlis Tertinggi perlu merujuk kepada Mesyuarat Agung Perwakilan untuk makluman dan kelulusan.
Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari kepada ahli-ahlinya. Yang Dipertua ataupun Timbalan Yang Dipertua dengan persetujuan Yang Dipertua boleh bertindak berseorangan ataupun tidak kurang daripada 10 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
Kuorum bagi mesyuarat Mahlis Tertinggi dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah anggota-anggota Majlis Tertinggi.
Majlis Tertinggi boleh memberi arahan-arahan kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan hal ehwal Persatuan.
Majlis Tertinggi boleh membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kecil, jika difikirkan perlu.
Majlis Tertinggi boleh menggantung atau memecat anggota-anggotanya yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan atau dilantik oleh Yang Dipertua sekiranya tindakannya itu difikirkan betul dan tepat dari segi kepentingan Persatuan.
Keputusan Majlis Tertinggi mestilah dipatuhi oleh semua ahli persatuan kecuali dan sehingga dipinda oleh satu keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.
Di antara Mesyuarat Agung Perwakilan, Majlis Tertinggi boleh memberi tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam Perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, keputusan Majlis Tertinggi terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.
PERKARA 12 -KEANGGOTAAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI (JKT) Atas
12.1









12.2
(a)

(b)


12.3
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

(g)
(h)



12.4
(a)

(b)
(c)

(d)

(e)

(f)



12.5
(a)

(b)
(c)
(d)
Keanggotaan Jawatankuasa Kerja Tertinggi
(a) Yang Dipertua
(b) Dua orang Timbalan Yang Dipertua
(c) Tiga orang Naib Yang Dipertua
(d) Setiausaha Agung
(e) Penolong Setiausaha Agung
(f) Bendahari Agung
(g) Penolong Bendahari Agung
(h) 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

Pemilihan Anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi
Yang Dipertua, 2 Timbalan Yang Dipertua, 3 Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung menjadi ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi.
5 orang Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Tertinggi terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih melalui pencalonan dari undi terbanyak oleh Majlis Tertinggi selepas Mesyuarat Agung Perwakilan, dua tahun sekali.

Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi
Yang Dipertua akan menjadi Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi.
Timbalan Yang Dipertuaa akan menjalankan tugas Yang Dipertua di masa ketiadaanya.
Naib Yang Dipertua akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Setiausaha Agung akan mengeluarkan notis memanggil mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
Penolong Setiausaha Agung akan membantu dan menjalankan tugas-tugas Setiausaha Agung di masa ketiadaanya.
Bendahari Agung bertanggungjawab menyediakan laporan akaun dan menyimpan akaun wang keluar masuk Persatuan.
Penolong Bendahari Agung akan membantu dan menjalankan tugas-tugas Bendahari Agung dimasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan membantu pegawai-pegawai di atas menjalankan kegiatan Persatuan. Mereka juga akan dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kecil jika difikirkan perlu.

Tanggungjawab Jawatankuasa Kerja Tertinggi
Membantu Majlis Tertinggi dalam hal merancan, merangka dan menyelaras perancangan dasar serta strategi perlaksanakan dasar Persatuan.
Membantu Majlis Tertinggi mengawasi dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Persatuan.
Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Notis untuk mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari kepada semua ahli.
Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi adalah mencukupi sekiranya setengah daripada jumlah ahli JKT hadir.
Segala keputusan yang dibuat di Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi hendaklah dibentang di Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk kelulusan.
Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh menubuhkan beberapa Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang tiap-tiap satunya bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti tertentu Persatuan seperti kebajikan, sukan, sosial, pendidikan dan penerbitan.

Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil seberapa yang boleh dipengaruhi oleh Naib-naib Yang Dipertua atau ahli-ahli Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil Tertinggi.
Keahilian Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil ini terpulang kepada Pengerusi Jawatankuasa berkenaan menentukannya.
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil adalah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kecil Tertinggi.
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa difikirkan perlu.
PERKARA 13 -PERATURAN KEWANGAN DAN AKAUN Atas
13.1


13.2

13.3






13.4



13.5




13.6


13.7
Semua wang terkumpul di peringkat Kebangsaan Tabung Pusat dan Cawangan Persatuan adalah menjadi hak milik Persatuan

Tahun kewangan bagi Persatuan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 13 Disember tiap-tiap tahun.

Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan di semua peringkat hasil daripada penyertaanny dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan objektif Persatuan ini dan tidak sebahagian pun dari wang atau keuntungan itu akan digunakan bagi membayar faedah keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Persatuan. Sungguh pun begitu peruntukan ini tidak menghalang bayaran-bayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepadamana-mana ahli atau pekerja Persatuan ini.

Bendahari Agung dibenarkan memegang wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00 dalam satu-satu masa. Wang yang lebih selebihnya hendaknya dalam tempoh 7 hari dari tarikh yang diterima, dimasukkan ke dalam bank. Akaun bank hendaklah atas nama PErsatuan.

Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5000.00 boleh diluluskan oleh Yang Dipertua, Bendahari Agung dan Setiausaha Agung. Perbelanjaan melebihi RM5000.00 pada satu-satu masa, tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Majlis Tertinggi. Perbelanjaan yang melebihi RM10000.00 tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mesyuarat Agung Perwakilan.

Bendahari Agung hendaklah menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.

Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari Agung dan Yang Dipertua.
PERKARA 14 - MESYUARAT AGUNG Atas
14.1
14.1.1


14.1.2
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

(g)

14.1.3





14.1.4


14.1.5




14.1.6





14.1.7



14.1.8




14.1.9


14.1.10


14.1.11






14.2
14.2.1
(a)
(b)


14.2.2


14.2.3




14.2.4

Mesyuarat Agung Perwakilan
Mesyuarat Agung Perwakilan mestilah diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi tetapi tidak lewat dari akhir bulan Jun tiap-tiap tahun

Agenda bagi MAP
Melantik Pengerusi ialah Mesyuarat Agung Perwakilan jika perlu;
Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Perwakilan yang lalu;
Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telahdiaudit bagi tahun yang lalu;
Memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pemeriksa Kira-kira dan Pemegang Amanah dua tahun sekali;
Membincangkan usul-usul dan perkara-perkara yang t elah diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Agung 28 hari sebelum tarikh mesyuarat.
Ucapan Penangguhan.

Setiausaha Agung hendaklah menyibarkan kepada semua Cawangan 45 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan satu notis pendahuluan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat yang akan diadakan dan meminta cawangan-cawangan mengemukakan usul-usul yang diluluskan oleh ahli-ahli di Mesyuarat Agung Cawangan yang hendak dibentangkan di Mesyuarat Agung Perwakilan. Notis pendahuluan ini hendaklah juga dipamerkan di Pejabat Persatuan.

Usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat mesti sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 28 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan.

Setiausaha Agung hendaklah mengedarkan kepada semua Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan, satu agenda mesyuarat, salinan minit Mesyuarat Agung Perwakilan yang lalu. usul-usul Pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul (jika ada), penyata kira-kira yang sudah diperiksa bagi tahun lalu. Salinan-salinan dokumen ini perlu juga diadakan di pejabat atau tempat mesyuarat Persatuan untuk kegunaan ahli-ahli.

MAP hendaklah dihadiri oleh
(a) Ahli-ahli Majlis Tertinggi
(b) Wakil-wakil Cawangan Kementerian
(c) Wakil-wakil Cawangan Negeri
(d) Wakil-wakil Cawangan Daerah dan Daerah Kecil

Cawangan Kementerian yang mempunyai ahli kurang daripada 500 orang akan menghantar 5 orang wakil ke MAP manakala Cawangan Kementerian yang mempunyai ahli lebuh daripada 500 orang akan menghantar 8 orang wakil ke MAP.

Cawangan Negeri yang mempunyai ahli kurang daripada 500 orang akan menghantar 5 orang wakil ke MAP yan mana termasuk perwakilan dari Cawangan Daerah dan Cawangan Daerah Kecil. Manakala Cawangan Negeri yang mempunyai ahli lebih daripada 500 orang akan menghantar 8 orang wakil ke MAP yang mana termasuk perwakilan dari Cawangan Daerah dan Cawangan Daerah Kecil.

MAP berkuasa mentafsir, keluluskan usul, meminda dan menentukan apa-apa perkara yang tidak jelas di dalam Perlembagaan.

Kuoram untuk mesyuarat dianggap cukup jika wakil-wakil Cawangan yang hadir tidak kira jumlahnya adalah lebih daripada setengah bilangan Cawangan yang berdaftar.

Jika selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk sesuatu mesyuarat agung kuoram masih tidak cukup, mesyuarat itu boleh ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi tetapi tidak melebihi 14 hari. Sekiranya kuoram masih tidak cukup setengah jam selepas mas yang ditetapkan oleh mesyuarat agung yang ditangguhkan itu,maka bilangan ahli yang hadir mempunyai kuasa untuk meneruskan mesyuarat hari itu, tetapi mereka tidak berkuasa meminda Perlembagaan Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan akan diadakan:
Apabila difikirkan perlu oleh Majlis Tertinggi, atau
Di atas permintaan bertulis oleh Ahli-ahli Jawatankuasa bagi 5 Cawangan atau lebih-lehih dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab tertentu.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang diminta oleh Cawangan hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

Notis dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan akan diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat itu. Agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan hendaklah terhad kepada perkara yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan seperti di perenggan 14.2.1 di atas:

Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang dipanggil di bawah perkara 14.2.1 (a), kuoram dan penangguhan MAP seperti diperenggan 14.1.10 dan 14.1.11 akan juga digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan. Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang diminta dibawah 14.2.1 (b) di atas, perenggan 14.1.10 adalah juga digunakan tetapi perenggan 14.1.10 adalah juga digunakan tetapi dengan syarat jika kuoram tidak cukup selepas setengah jam ari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat , maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan bagi tujuan yang sama tidak boleh dibenarkan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tersebut.
PERKARA 15 - PENUBUHAN CAWANGAN Atas
15.1



15.2


15.3
Penubuhan Cawangan Kementerian/Negeri
Majlis Tertinggi boleh membenarkan penubuhan Cawangan-cawangan di semua Kementerian di peringkat pusat dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di peringkat Negeri sekiranya ada sekurang-kurangnya 20 orang ahli.

Penubuhan Cawangan Daerah
Majlis Tertinggi boleh menubuhkan Cawangan di peringkat Daerah sekiranya ada sekurang-kurangnya 20 orang ahli.

Penubuhan Cawangan Daerah Kecil
Majlis Tertinggi boleh menubuhkan Cawangan di peringkat Daerah Kecil sekiranya ada sekurang-kurangnya 20 orang ahli.
PERKARA 16 - PEMBUBARAN CAWANGAN Atas
16.1
(a)
(b)


16.2




16.3






16.4




16.5




16.6
Majlis Tertinggi boleh membubarkan Cawangan:
Jika bilangan ahli-ahli di dalam masa 6 bulan berturut-turut kurang daripada 10 orang.
Jika Cawangan tidak patuh kepada Perlembagaan Persatuan atau keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan atau Majlis Tertinggi atau jika difikirkan bersalah oleh Majlis Tertinggi kerana perbuatan merosakkan Persatuan ini.

Keputusan membubarkan Cawangan hendaklah dibuat dengan undi terbanyak di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan Cawangan dengan sebab yang disebutkan di dalam Perenggan 16.1 (b) di atas. Cawangan yang berkenaan hendaklah diberi satu kenyataan 30 hari terlebih dahulu an diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan.

Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Sebarang Cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada penirimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan; di dalam keadaan yang demikian Majlis Tertinggi boleh melantik satu jawatankuasa pengurusan dari ahli-ahli untuk mengurus hal-hal Cawangan itu sementara rayuan ditimbangkan.

Jika sesuatu Cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan bagi perkara 16.1(a) Perlembagaan ini, maka Majlis Tertinggi hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada Cawangan yang hampir sekali, dan jika Cawangan ditutup kerana sebab di dalam perkara 16.1(b) Perlembagaan ini maka ahli-ahli akan terhenti daripada menjadi ahli Persatuan.

Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi Cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung Persatuan segala buku, rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki oleh Cawangan itu beserta dengan satu keterangan kira-kira Cawangan mulai dari tarikh-tarikh penyata itu hantar sehingga tarikh perintah penutupan.

Jika ahli-ahli sesuatu Cawangan hendak keluar daripada Persatuan maka pegawai-pegawai Cawangan itu dengan serta-merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung Persatuan semua buku, rekod, wang dan lain-lain harta Persatuan dan seterusnya menyediakan dan menyerahkan keterangan-keterangan kira-kira Cawangan kepada Setiausaha sama seperti di dalam perkara 16.5 di atas.
PERKARA 17 - PENAUNG-PENAUNG CAWANGAN Atas
17.1


17.2
Isteri Menteri, atau Isteri Timbalan Menteri menjadi Penaung Cawangan Kementerian. Sekiranya Menteri berkenaan adalah wanita, maka beliau akan menjadi Penaung Cawangan Kementerian tersebut.

Isteri Menteri Besar atau Isteri Ketua Menteri menjadi Penaung Cawangan Negeri.
PERKARA 18 - PENASIHAT-PENASIHAT CAWANGAN Atas
18.1

18.2

18.3

18.4
Ketua Setiausaha Kementerian menjadi Penasihat Cawangan Kementerian

Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi Penasihat Cawangan Negeri.

Pegawai Daerah menjadi Penasihat Cawangan Daerah.

Penolong Pegawai Daerah menjadi Penasihat Cawangan Daerah Kecil.
PERKARA 19 - JAWATANKUASA-JAWATANKUASA CAWANGAN Atas
19.1
19.1.1
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)

19.1.2
(a)

(b)

(c)

(d)
(e)
(f)

(g)


(h)




19.1.3

(a)

(b)
(c)

(a)
(b)

(a)

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)





(a)
(b)

(c)
(d)








19.1.4
(a)


(b)

(c)


(d)


(e)




(f)


19.2
19.2.1
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)

19.2.2
(a)
(b)
(c)

(d)
(e)

(f)


(g)




19.2.3
(a)
(b)
(c)
(d)

(a)
(b)

(a)

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
.




(a)
(b)

(c)
(d)
.







19.2.4
(a)


(b)
(c)


(d)


(e)




(f)


19.3
19.3.1
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)

19.3.2
(a)

(b)
(c)
(d)

(e)

(f)




19.3.3
(a)
(b)
(c)

(a)
(b)

(a)

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
..




(a)
(b)

(c)
(d)
.







19.3.4
(a)


(b)
(c)


(d)


(e)



(f)


19. 4
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)

19.4.2
(a)
(b)
(c)

(d)

(e)




19.4.3

(a)
(b)
(c)

(a)
(b)

(a)

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
.




(a)
(b)

(c)
(d)
.







19.4.4
(a)


(b)
(c)


(d)


(e)
Jawatankuasa Cawangan Kementerian
Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Kementerian
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Tidak kurang daripada 8 Ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap

Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Kementerian
Isteri Ketua Setiausaha menjadi Pengerusi. Sekiranya Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan adalah wanita, maka isteri Timbalan Ketua Setiausaha yang terkanan menjadi Pengerusi.
Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Cawangan Kementerian 2 tahun sekali.
Isteri Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian dan isteri Ketua-ketua Bahagian bagi mana-mana Kementerian yang tiada Jabatan menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
Ketua Jabatan Wanita menjadi ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan 2 tahun sekali.
Jawatan-jawatan bagi Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan tidak kurang daripada 8 orang ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Cawangan 2 tahun sekali.
Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada (a), (c), dan (d) di atas akan luput apabila ia atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal dunia; akan diganti oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
Jika berlaku kekosongan di dalam (f) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhak memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan

Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Kementerian
Pengerusi
Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa cawangan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit-minit mesyuarat yang diluluskan
Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari atau Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan
Timbalan Pengerusi
Membantu tugas-tugas Pengerusi
Timbalan PengerusiMembantu tugas-tugas Pengerusi.
Setiausaha
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini.
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Bendahari
Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan.
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira sebaik-baik sahaja tamat tahun kewangan.
Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Kementerian
Mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Cawangan sejajar dengan objektif- objektif Persatuan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengubahsuaikan mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
Jawatankuasa Cawangan Kementerian Boleh menubuhkan Jawatankuasa Kerja dan lain-lain Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan apabila diperlukan.
Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan, laporan kewangan, usul-usul pindaan Perlembangaan atau lain-lain usul jika ada, dan nama-nama perwakilan ke MAP kepada Setiausaha Agung dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
Bertanggungjawab mengisi dan menghantar penyata-penyata tahunan berserta dengan penyata kira-kira yang disahkan dan ditandatangan balas oleh salah seorang pemegang-pemegang jawatan utama Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam tempoh 28 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang 3 kali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat diadakan. Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi boleh bertindak berseorangan ataupun tidak kurang daripada10 orang ahli, boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Cawangan bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan.

Jawatankuasa Cawangan Negeri
Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Negeri
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Tidak kurang daripada 8 ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap

Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Negeri
Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi Pengerusi
Timbalan Pengerusi dilantik 2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Cawangan Negeri.
Isteri Pegawai-pegawai Daerah dan isteri Ketua-ketua Jabatan Negeri, Persekutuan di Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Majlis Kerajaan Tempatan menjadi ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa 2 tahun sekali.
Jawatan-jawatan Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan tidak kurang daripada 8 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dipilih melalui undi terbanyak dalam Mesyuarat Agung Cawangan 2 tahun sekali.
Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada (a) dan (c) di atas akan luput apabila dia atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal dunia; akan digantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
Jika berlaku kekosongan di dalam (e) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhak memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Negeri
Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan cawangan-cawangannya.
Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan.
Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari atau Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Timbalan Pengerusi
Membantu tugas-tugas Pengerusi
Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi tiada.
Setiausaha
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemas kini.
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
Bendahari
Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan.
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemas kini termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir tahun kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.
Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

Tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan Negeri
Bertanggungjawab mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Persatuan di peringkat negeri. Walau bagaimanapun jawatankuasa bolehlah menggunakan budi bicara untuk mengubah suai mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
Jawatankuasa Cawangan Negeri boleh menubuh Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan apabila diperlukan.
Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan Cawangan, penyata kewangan, usul-usul Pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul jika ada, dan nama-nama perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan kepada Setiausaha Agung dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
Bertanggungjawab mengisi dan mengantar penyata-penyata tahunan beserta dengan penyata kira-kira yang disahkan dan ditanndatangani balas oleh seorang pemegang jawatan utama Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam tempoh 28 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalamtempoh 7 hari sebelum mesyuarat diadakan. Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi boleh bertindak berseorangan atau tidak kurang daripada 10 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan .

Jawatankuasa Cawangan Daerah
Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Daerah
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Tidak kurang daripada 4 Ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap

Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah
Isteri Pegawai Daerah menjadi Pengerusi. Sekiranya Pengawai Daerah berkenaan adalah wanita, maka isteri Ketua Penolong Pegawai Daerah yang terkanan menjadi Pengerusi.
Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dilantik 2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa.
Isteri Pegawai Daerah menjadi ahli Jawatankuasa Biasa Tetap
Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa dipilih melalui undi terbanyak di Mesyuarat Agung Cawangan daerah 2 tahun sekali.
Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada (a) dan (c) di atas akan luput apabila dia atau suaminya meninggal dunia; akan digantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
Jika berlaku kekosongan di dalam (d) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhak memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah
Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan.
Bersama-sama dengan Bendahari/Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Timbalan Pengerusi
Membantu tugas-tugas Pengerusi
Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi tiada.
Setiausaha
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini.
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa menandatangani cek-cek Persatuan
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Bendahari
Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir tahun kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.
Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

Tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan Daerah
Mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Cawangan sejajar dengan objektif-objektif Persatuan. Walau bagaimanapun jawatankuasa bolehlah menggunakan budibicara untuk mengubahsuaikan mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
Jawatankuasa Cawangan Daerah boleh menubuh Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan apabila diperlukan.
Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan Cawangan, penyata kewangan dan nama-nama wakil ke MACN kepada Setiausaha Cawangan Negeri tiap-tiap tahun dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Daerah diadakan.
Bertanggungjawab mengisi dan mengantar penyata-penyata tahunan beserta dengan penyata kira-kira yang disahkan dan ditanndatangani balas oleh seorang pemegang jawatan utama Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam tempoh 28 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalamtempoh 7 hari sebelum mesyuarat diadakan. Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi boleh bertindak berseorangan atau tidak kurang daripada 5 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak
Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan .

Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil

Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Tidak kurang daripada 4 Ahli Jawatankuasa Biasa

Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil
Isteri Penolong Pegawai Daerah menjadi Pengerusi.
Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dilantik 2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa.
Penolong Setiausaha,Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa dipilih melalui undi terbanyak di Mesyuarat Agung Cawangan daerah 2 tahun sekali
Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada (a) di atas akan luput apabila ia atau suaminya bersara, meletakan jawatan atau suaminya meninggal dunia; akan di gantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
Jika berlaku kekosongan di dalam (d) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhodmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhad memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil
Pengerusi
Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan.
Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari/Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Timbalan Pengerusi
Membantu tugas-tugas Pengerusi
Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi tiada
Setiausaha
Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini.
Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat.
Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Bendahari
Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan
Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir tahun kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.
Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

Tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil
Mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Cawangan sejajar dengan objektif-objektif Persatuan. Walau bagaimanapun jawatankuasa bolehlah menggunakan budibicara untuk mengubahsuaikan mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
Jawatankuasa Cawangan Daerah boleh menubuh Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan apabila diperlukan.
Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan Cawangan, penyat