Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera...
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, saya berkesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam Laman Web PUSPANITA ini.
Saya ingin menasihatkan ahli PUSPANITA agar sentiasa prihatin berhubung aspek INTEGRITI dan KETELUSAN apabila mengurus, mentadbir dan melaksanakan apa jua kegiatan dan program yang telah diatur. Apa jua yang hendak dilaksanakan perlu mengikut panduan,peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Persatuan.
Di samping itu, saya ingin mengingatkan ahli-ahli PUSPANITA supaya sentiasa mengamalkan PERBELANJAAN BERHEMAH bukan sahaja semasa berpersatuan malah dalam kehidupan seharian terutamanya dalam menguruskan kewangan rumahtangga.
Akhir kata, teruskanlah usaha murni dalam membentuk sebuah persatuan yang aktif, produktif, kreatif dan inovatif serta sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan.
"Selamat Maju Jaya" |